TAHNIAH

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BLOG '1MALAYSIA''






Majlis penyampaian diadakan sempena Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Minggu Cakna ICT & Kerjaya SMK Berangan..Majlis disempurnakan oleh YM Raja Othman Raja Ibrahim. Majlis telah diadakan pada 24 April 2010 (Sabtu) yang bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah.
Juara - Nur Izyan (3A1)
APA MAKSUD BAHASA KOMPUTER

Bahasa komputer adalah istilah lain yang lebih meluas bagi bahasa pengaturcaraan. Terdapat dua jenis bahasa komputer iaitu bahasa pengaturcaraan aras rendah dan bahasa pengaturcaraan aras tinggi.
Jenis bahasa komputer
Bahasa aras rendah
Fungsi bahasa ini ialah menghantarkan signal bit melalui get logik, dan seterusnya mengawal input dan output perkakasan.
Bahasa aras tinggi
Bahasa komputer jenis ini adalah bahasa yang boleh difahami oleh manusia tetapi tidak oleh komputer. Ia dicipta untuk memudahkan kerja-kerja mengaturcara. Oleh kerana ia tidak difahami oleh komputer maka ia akan diterjemah kepada bahasa tahap rendah untuk dibaca oleh komputer dengan bantuan pengkompil atau pentafsir. Selalunya ia adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris yang disingkatkan ataupun diubah suai.
Contoh-contoh bahasa komputer
- Aras Rendah
- Bahasa mesin
- Bahasa himpunan
- Aras Tinggi
- Bahasa pengaturcaraan – contohnya C++
- Bahasa penskripan – contohnya Python dan Perl
- Bahasa penanda – bahasa penanda yang terkenal adalah HTML
SOALAN LAZIM EDUWEBTV
1. 1. Apakah EduwebTV? EduwebTV Adalah Saluran TV Pendidikan Yang Disiarkan Melalui Internet. 2. Bahagian Manakah Yang Menguruskan Perjalanan EduwebTV? EduwebTV Diuruskan Oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Siapa Yang Boleh Mengakses EduwebTV? EduwebTV Bebas Untuk Diakses Oleh Sesiapa Sahaja Yang Mempunyai Talian Internet. Pengguna Berdaftar Hanya Untuk Warga Sekolah (guru Dan Murid) Sahaja Di Mana Mereka Boleh Mengakses Pada Senarai Playlist Dan Membuat Saringan Video Pilihan Mereka Sendiri Di Samping Modul Tambahan Seperti Calendar, Reminder Dan Sebagainya. 4. Adakah Yuran Atau Pendaftaran Diperlukan Untuk Menonton EduwebTV? Tiada Yuran Pendaftaran Dikenakan. Pendaftaran Diperlukan Untuk Tujuan Rekod Penggunaan. 5. Bagaimana EduwebTV Boleh Diakses? EduwebTV Boleh Diakses Melalui Internet Menggunakan Alamat www.eduwebtv.com 6. Apakah Spesifikasi Asas Yang Diperlukan Untuk Mengakses EduwebTV? Anda Perlukan Talian Internet, Komputer Dengan Sekurang-kurangnya Pentium 3, 16MB RAM, Windows Media Player Versi 9 (dan Ke Atas), Dan Windows XP Operating System (dan Ke Atas). 7. Apakah Program Yang Ada Di Dalam EduwebTV? Setakat Ini Bahan Di EduwebTV Dikategorikan Kepada Lapan Saluran Iaitu Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, Kurikulum, Interaktif, Siaran Langsung Dan Panduan 8. Bagaimana Tahap Respon Pengguna Terhadap EduwebTV Setakat Ini? Sehingga 28 Februari 2010, EduwebTV Telah Mencatatkan 275 860 096 Hits, 6 959 Muat Turun Rancangan Dan 81 400 Pengguna Berdaftar 9. Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Sekiranya Saya Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Program Dalam EduwebTV? Sila Hubungi Meja Bantuan 1-300-88-4774 Yang Beroperasi Dari 9.00 Pagi Hingga 5.00 Petang Disediakan Oleh: Unit EduwebTV, Sektor Penyiaran Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia |
EDUWEBTV SEBAGAI SALURAN MAKLUMAT PENDIDIKAN
.jpg)
INISIATIF JALUR LEBAR KEBANGSAAN (NBI) & JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB)
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif-inisiatif berikut sempena pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini malam ini.
1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.
2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.
3. e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta.
4. Liputan selular awam di mana 873 menara baru telekomunikasi akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.
5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.
6. Telekom Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20.
Sumber :Malaysian Insider
AHLI JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
PENGERUSI
TUAN PENGETUA
TIMBALAN PENGERUSI
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI
PENOLONG KANAN HEM
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SETIAUSAHA
EN. RAMLEE OMAR
PENOLONG SETIAUSAHA
EN. ZULKIFLI MAMAT
AJK
EN. RAMLE ISMAIL
EN. HAMDAN AWANG NGAH
EN. AHMAD NAZRI LATIF
EN. ZULKHAIRI OTHMAN
PN WAN TERATAI WAN YUSOF
CIK NORMAH YUSOF
PN NORMAH IBRAHIM
CIK MASTURA MUSTAPA
EN. SHAHREEN AL-EZZAT ZAINAL
RASIONAL PERTANDINGAN BLOG '1MALAYSIA'
PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN BLOG '1MALAYSIA'
.jpg)
Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan 2010Tarikh pertandingan : 20/01/10 - 25/02/10 (Saringan Awal).Kepada pelajar SMK Berangan yang berminat,sila dapatkan borang penyertaandaripadaCik Mastura bt. Mustapa, Fasilitator Schoolnet SMKBdi makmal komputer sekolahmulai 19/01/10 sehingga 21/01/10.Pertandingan ini dianjurkan olehKelab Setia bersama Unit ICT SMK Berangan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri KelantanPertandingan terbuka kepada semua palajar SMK Berangan. Harap maklum.Pertandingan Membina Laman Blog '1Malaysia'






