RASIONAL PERTANDINGAN BLOG '1MALAYSIA'

'1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Selain itu, perkembangan ilmu berlaku terlalu pantas dalam era kemajuan dunia yang serba canggih dan berteraskan teknologi maklumat terkini adalah diperlukan untuk menjayakan lagi gagasan ‘1Malaysia’. Justeru itu, bagi merealisasikan gagasan ‘1Malaysia’ di peringkat sekolah khususnya, Kelab Setia dan Unit ICT SMK Berangan telah mengatur langkah untuk terlibat sama dalam usaha murni ini untuk mengadakan pertandingan blog ‘1Malaysia’ di kalangan pelajar sekolah ini.