1. 1. Apakah EduwebTV? EduwebTV Adalah Saluran TV Pendidikan Yang Disiarkan Melalui Internet. 2. Bahagian Manakah Yang Menguruskan Perjalanan EduwebTV? EduwebTV Diuruskan Oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Siapa Yang Boleh Mengakses EduwebTV? EduwebTV Bebas Untuk Diakses Oleh Sesiapa Sahaja Yang Mempunyai Talian Internet. Pengguna Berdaftar Hanya Untuk Warga Sekolah (guru Dan Murid) Sahaja Di Mana Mereka Boleh Mengakses Pada Senarai Playlist Dan Membuat Saringan Video Pilihan Mereka Sendiri Di Samping Modul Tambahan Seperti Calendar, Reminder Dan Sebagainya. 4. Adakah Yuran Atau Pendaftaran Diperlukan Untuk Menonton EduwebTV? Tiada Yuran Pendaftaran Dikenakan. Pendaftaran Diperlukan Untuk Tujuan Rekod Penggunaan. 5. Bagaimana EduwebTV Boleh Diakses? EduwebTV Boleh Diakses Melalui Internet Menggunakan Alamat www.eduwebtv.com 6. Apakah Spesifikasi Asas Yang Diperlukan Untuk Mengakses EduwebTV? Anda Perlukan Talian Internet, Komputer Dengan Sekurang-kurangnya Pentium 3, 16MB RAM, Windows Media Player Versi 9 (dan Ke Atas), Dan Windows XP Operating System (dan Ke Atas). 7. Apakah Program Yang Ada Di Dalam EduwebTV? Setakat Ini Bahan Di EduwebTV Dikategorikan Kepada Lapan Saluran Iaitu Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, Kurikulum, Interaktif, Siaran Langsung Dan Panduan 8. Bagaimana Tahap Respon Pengguna Terhadap EduwebTV Setakat Ini? Sehingga 28 Februari 2010, EduwebTV Telah Mencatatkan 275 860 096 Hits, 6 959 Muat Turun Rancangan Dan 81 400 Pengguna Berdaftar 9. Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Sekiranya Saya Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Program Dalam EduwebTV? Sila Hubungi Meja Bantuan 1-300-88-4774 Yang Beroperasi Dari 9.00 Pagi Hingga 5.00 Petang Disediakan Oleh: Unit EduwebTV, Sektor Penyiaran Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia |
Nom Nom Nom
2 years ago